Tuesday, 25 November 2014

Bila Hati Berbicara Part 4

Luqman mencapai dairi hitamnya lalu jari-jemarinya laju menulis coretan hatinya.....
``masih belum ketemu dia...semoga penantian untuk esok menamatkan segalanya''
Hatinya terus dibuai tanda-tanya siapa gadis itu,kenapa dia tidak muncul ketika aku menunggunya...otaknya terus berfikir manusia atau bunian...Bagi dirinya inilah kali pertama hatinya tertarik untuk mengenali seorang wanita,kalau sebelum ini ,kerjaya adalah keutamanya..bukan tidak ramai gadis diluar sana yang tergila-gilakannya cuma hati dan perasaannya tidak berminat pada gadis tersebut...
Deringgan telefonnya menganggu ingatan luqman tentang gadis itu...
``emmm,kenapa kau call aku nie..ucap luqman dihujung talian
``Amboi sejak bila pula aku tak boleh call member sendiri..sedikit berkecil hati dengan pertanyaan luqman...
``Aku gurau je la,takkan itu pun nak terasa..kau nie macam perempuan...sambil tergelak kecil  mengusik aziz...
``Aku nak ajak kau pergi jogging petang nie,tempat biasa,lagi pun dah lama kita tak pergi jogging,sekali-sekala badan kita nie perlu berpeluh juga luq...
``ok lah tunggu aku tempat biasa nanti aku datang...ucap luqman
telefon bimbitnya dimatikan,lalu terus menuju kebilik air....membersihkan diri untuk menunaikan kewajiban kepada Ilahi..
                       ********************************************
Suasana petang yang nyaman dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa menyapa tubuhnya..terasa dingin peluh yang membasahi tubuhnya disapa angin petang..dengan penuh keasyikan dia menikmat udara yang masih belum dicemari oleh tangan rakus manusia...
Suria sering ke taman tasik,baginya ketenangan akan datang bila dia melihat air tasik yang jernih...segala kesedihan dilontarkan melalui caranya tersendiri.....sambil memerhati keindahan ciptaan tuhan,rasa kagum dengan keindahan semulajadi wujub dilubuk hati suria...tiba -tiba perasaan hiba menyapa dinding hatinya..
ibu..ayah suria rindukan kalian berdua...kenapa hanya sekejap sahaja kebahagia yang suria miliki,kenapa ibuayah tinggalkan suria...kenapa..kenapa,apa salah suria...tiba-tiba rasa perasaan ingin menyalahkan takdir yang berlaku terhadap dirinya...cepat-cepat dia beristighfar dalam hati,rasa kesal menyapa kerana gagal mengawal perasaan rindu dan menyalahkan takdir yang berlaku pada dirinya,Ya Ampunkan hambamu ini sesungguh aku terlalu alpa sehingga tidak yakin dengan takdir mu,bisik suria......tanpa suria sedar ada sepasang mata yang sedang memerhatikan dirinya...yang dari takdi memerhati gerak gerinya,
``Assalamualaikum...boleh saya duduk .''.lelaki tersebut masih  berdiri sambil menanti jawapan dari suria..
waalaikumusalam...duduk la lagi pun nie teman awam semua orang berhak untuk duduk..sambil menjarakkan sedikit posisi kedudukannya dengan lelaki yang tidak dikenali...dia perlu lebih berhati-hati dan sentiasa berfikil dengan pantas cara bertindak jika berlaku perkara yang tidak diingini..
matanya terus menikmati keindahan alam, cuma kehadiran lelaki tersebut telah membuatkan moodnya hilang,lalu dengan rasa yang sedikit berbuku dihati kerana kehadiran lelaki yang menggangu lamunannya, dicapainya botol air dan terus berlalu dari tempat duduknya...
Luqman terpaku menlihat tingkah gadis itu...dia agak terkejut bila gadis yang mencuri hatinya tiba-tiba bangun dari tempat duduk dan ingin tinggalkannya sendirian...Dia hanya memandang tanpa memanggil gadis tersebut..terkudu dan teruja semuanya ada..tiba-tiba dia tersentak apabila belakangnya ditepuk oleh seseorang....


Tuesday, 21 January 2014

Kau Pergi Jua...

17 Januari 2014
Terima panggilan dari abangku,mengatakan abang ku zakaria berada di wad  hospital kajang,ketika itu aku balik bercuti di kampung.Akhir setelah berbincang bersama ibudan abah ,kami mengambil keputusan untuk pergi melawat abang ku pada esok pagi.

18 Januari 2014
sampai dihospital Kajang,kelihatan abang ku yang terbaring di katil hospital..Aku hanya mampu berdoa didalam hati,kelihatan wajah ibu dan abah yang agak hiba..aku cuba untuk kuat tanpa mengalirkan airmata,jika itu ketentuannya Ya Allah kau ambil je lah nyawanya..bisik hati kecil ku..
jahatnya aku,sampai sanggup mendoakan kematian untuk abang kandung sendiri...
kelihatan Doktor muda menghampiri abah,penerangan diberikan oleh doktor tentang keadaan abang ku,walaupun aku tidak berada berhampiran  ketika doktor muda itu memberikan penerangan tentang tahap kesihatan abang ku,tapi aku yakin tahap kesihatan abang agak membimbangkan.Aku hanya mampu diam,hanya mampu memandang kelakuan abah mengosok kedua-dua kaki abang ku..kasih seorang ayah kepada anaknya..perasaan ketika itu menjadi semakin sebak,dada ku seolah-oleh sukar bernafas,aku terus menarik nafas bagi mengawal perasaan hiba ku..

19 Januari 2014

5.45 petang,adik ku memaklumkan abang ku Zakaria binti Omar telah meninggal dunia..telah meninggalkan kami adik-beradik,telah berhenti menjadi pelakon di pentas dunia,telah meninggalkan segala perhiasan didunia,hanya yang mampu abangku bawa amalan-amalan solehnya ketika dia masih bernyawa..Aku terdiam diam lagi,cuba mencari kekuatan lagi..tapi akhirnya aku tewas juga,terasa hangat air mengalir di pipi ku..satu  kenyataan yang nyata sekarang abang ku telah pergi untuk selama-lamanya.Al-fatihah buat abang ku Zakaria Omar,seawal usia mu 33 tahun kau pergi jua..

``sesungguhnya kematian itu satu perkara yang pasti ''

Nota Sekeping Hati