Tuesday, 25 November 2014

Bila Hati Berbicara Part 4

Luqman mencapai dairi hitamnya lalu jari-jemarinya laju menulis coretan hatinya.....
``masih belum ketemu dia...semoga penantian untuk esok menamatkan segalanya''
Hatinya terus dibuai tanda-tanya siapa gadis itu,kenapa dia tidak muncul ketika aku menunggunya...otaknya terus berfikir manusia atau bunian...Bagi dirinya inilah kali pertama hatinya tertarik untuk mengenali seorang wanita,kalau sebelum ini ,kerjaya adalah keutamanya..bukan tidak ramai gadis diluar sana yang tergila-gilakannya cuma hati dan perasaannya tidak berminat pada gadis tersebut...
Deringgan telefonnya menganggu ingatan luqman tentang gadis itu...
``emmm,kenapa kau call aku nie..ucap luqman dihujung talian
``Amboi sejak bila pula aku tak boleh call member sendiri..sedikit berkecil hati dengan pertanyaan luqman...
``Aku gurau je la,takkan itu pun nak terasa..kau nie macam perempuan...sambil tergelak kecil  mengusik aziz...
``Aku nak ajak kau pergi jogging petang nie,tempat biasa,lagi pun dah lama kita tak pergi jogging,sekali-sekala badan kita nie perlu berpeluh juga luq...
``ok lah tunggu aku tempat biasa nanti aku datang...ucap luqman
telefon bimbitnya dimatikan,lalu terus menuju kebilik air....membersihkan diri untuk menunaikan kewajiban kepada Ilahi..
                       ********************************************
Suasana petang yang nyaman dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa menyapa tubuhnya..terasa dingin peluh yang membasahi tubuhnya disapa angin petang..dengan penuh keasyikan dia menikmat udara yang masih belum dicemari oleh tangan rakus manusia...
Suria sering ke taman tasik,baginya ketenangan akan datang bila dia melihat air tasik yang jernih...segala kesedihan dilontarkan melalui caranya tersendiri.....sambil memerhati keindahan ciptaan tuhan,rasa kagum dengan keindahan semulajadi wujub dilubuk hati suria...tiba -tiba perasaan hiba menyapa dinding hatinya..
ibu..ayah suria rindukan kalian berdua...kenapa hanya sekejap sahaja kebahagia yang suria miliki,kenapa ibuayah tinggalkan suria...kenapa..kenapa,apa salah suria...tiba-tiba rasa perasaan ingin menyalahkan takdir yang berlaku terhadap dirinya...cepat-cepat dia beristighfar dalam hati,rasa kesal menyapa kerana gagal mengawal perasaan rindu dan menyalahkan takdir yang berlaku pada dirinya,Ya Ampunkan hambamu ini sesungguh aku terlalu alpa sehingga tidak yakin dengan takdir mu,bisik suria......tanpa suria sedar ada sepasang mata yang sedang memerhatikan dirinya...yang dari takdi memerhati gerak gerinya,
``Assalamualaikum...boleh saya duduk .''.lelaki tersebut masih  berdiri sambil menanti jawapan dari suria..
waalaikumusalam...duduk la lagi pun nie teman awam semua orang berhak untuk duduk..sambil menjarakkan sedikit posisi kedudukannya dengan lelaki yang tidak dikenali...dia perlu lebih berhati-hati dan sentiasa berfikil dengan pantas cara bertindak jika berlaku perkara yang tidak diingini..
matanya terus menikmati keindahan alam, cuma kehadiran lelaki tersebut telah membuatkan moodnya hilang,lalu dengan rasa yang sedikit berbuku dihati kerana kehadiran lelaki yang menggangu lamunannya, dicapainya botol air dan terus berlalu dari tempat duduknya...
Luqman terpaku menlihat tingkah gadis itu...dia agak terkejut bila gadis yang mencuri hatinya tiba-tiba bangun dari tempat duduk dan ingin tinggalkannya sendirian...Dia hanya memandang tanpa memanggil gadis tersebut..terkudu dan teruja semuanya ada..tiba-tiba dia tersentak apabila belakangnya ditepuk oleh seseorang....