Tuesday, 25 November 2014

Bila Hati Berbicara Part 4

Luqman mencapai dairi hitamnya lalu jari-jemarinya laju menulis coretan hatinya.....
``masih belum ketemu dia...semoga penantian untuk esok menamatkan segalanya''
Hatinya terus dibuai tanda-tanya siapa gadis itu,kenapa dia tidak muncul ketika aku menunggunya...otaknya terus berfikir manusia atau bunian...Bagi dirinya inilah kali pertama hatinya tertarik untuk mengenali seorang wanita,kalau sebelum ini ,kerjaya adalah keutamanya..bukan tidak ramai gadis diluar sana yang tergila-gilakannya cuma hati dan perasaannya tidak berminat pada gadis tersebut...
Deringgan telefonnya menganggu ingatan luqman tentang gadis itu...
``emmm,kenapa kau call aku nie..ucap luqman dihujung talian
``Amboi sejak bila pula aku tak boleh call member sendiri..sedikit berkecil hati dengan pertanyaan luqman...
``Aku gurau je la,takkan itu pun nak terasa..kau nie macam perempuan...sambil tergelak kecil  mengusik aziz...
``Aku nak ajak kau pergi jogging petang nie,tempat biasa,lagi pun dah lama kita tak pergi jogging,sekali-sekala badan kita nie perlu berpeluh juga luq...
``ok lah tunggu aku tempat biasa nanti aku datang...ucap luqman
telefon bimbitnya dimatikan,lalu terus menuju kebilik air....membersihkan diri untuk menunaikan kewajiban kepada Ilahi..
                       ********************************************
Suasana petang yang nyaman dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa menyapa tubuhnya..terasa dingin peluh yang membasahi tubuhnya disapa angin petang..dengan penuh keasyikan dia menikmat udara yang masih belum dicemari oleh tangan rakus manusia...
Suria sering ke taman tasik,baginya ketenangan akan datang bila dia melihat air tasik yang jernih...segala kesedihan dilontarkan melalui caranya tersendiri.....sambil memerhati keindahan ciptaan tuhan,rasa kagum dengan keindahan semulajadi wujub dilubuk hati suria...tiba -tiba perasaan hiba menyapa dinding hatinya..
ibu..ayah suria rindukan kalian berdua...kenapa hanya sekejap sahaja kebahagia yang suria miliki,kenapa ibuayah tinggalkan suria...kenapa..kenapa,apa salah suria...tiba-tiba rasa perasaan ingin menyalahkan takdir yang berlaku terhadap dirinya...cepat-cepat dia beristighfar dalam hati,rasa kesal menyapa kerana gagal mengawal perasaan rindu dan menyalahkan takdir yang berlaku pada dirinya,Ya Ampunkan hambamu ini sesungguh aku terlalu alpa sehingga tidak yakin dengan takdir mu,bisik suria......tanpa suria sedar ada sepasang mata yang sedang memerhatikan dirinya...yang dari takdi memerhati gerak gerinya,
``Assalamualaikum...boleh saya duduk .''.lelaki tersebut masih  berdiri sambil menanti jawapan dari suria..
waalaikumusalam...duduk la lagi pun nie teman awam semua orang berhak untuk duduk..sambil menjarakkan sedikit posisi kedudukannya dengan lelaki yang tidak dikenali...dia perlu lebih berhati-hati dan sentiasa berfikil dengan pantas cara bertindak jika berlaku perkara yang tidak diingini..
matanya terus menikmati keindahan alam, cuma kehadiran lelaki tersebut telah membuatkan moodnya hilang,lalu dengan rasa yang sedikit berbuku dihati kerana kehadiran lelaki yang menggangu lamunannya, dicapainya botol air dan terus berlalu dari tempat duduknya...
Luqman terpaku menlihat tingkah gadis itu...dia agak terkejut bila gadis yang mencuri hatinya tiba-tiba bangun dari tempat duduk dan ingin tinggalkannya sendirian...Dia hanya memandang tanpa memanggil gadis tersebut..terkudu dan teruja semuanya ada..tiba-tiba dia tersentak apabila belakangnya ditepuk oleh seseorang....


Tuesday, 21 January 2014

Kau Pergi Jua...

17 Januari 2014
Terima panggilan dari abangku,mengatakan abang ku zakaria berada di wad  hospital kajang,ketika itu aku balik bercuti di kampung.Akhir setelah berbincang bersama ibudan abah ,kami mengambil keputusan untuk pergi melawat abang ku pada esok pagi.

18 Januari 2014
sampai dihospital Kajang,kelihatan abang ku yang terbaring di katil hospital..Aku hanya mampu berdoa didalam hati,kelihatan wajah ibu dan abah yang agak hiba..aku cuba untuk kuat tanpa mengalirkan airmata,jika itu ketentuannya Ya Allah kau ambil je lah nyawanya..bisik hati kecil ku..
jahatnya aku,sampai sanggup mendoakan kematian untuk abang kandung sendiri...
kelihatan Doktor muda menghampiri abah,penerangan diberikan oleh doktor tentang keadaan abang ku,walaupun aku tidak berada berhampiran  ketika doktor muda itu memberikan penerangan tentang tahap kesihatan abang ku,tapi aku yakin tahap kesihatan abang agak membimbangkan.Aku hanya mampu diam,hanya mampu memandang kelakuan abah mengosok kedua-dua kaki abang ku..kasih seorang ayah kepada anaknya..perasaan ketika itu menjadi semakin sebak,dada ku seolah-oleh sukar bernafas,aku terus menarik nafas bagi mengawal perasaan hiba ku..

19 Januari 2014

5.45 petang,adik ku memaklumkan abang ku Zakaria binti Omar telah meninggal dunia..telah meninggalkan kami adik-beradik,telah berhenti menjadi pelakon di pentas dunia,telah meninggalkan segala perhiasan didunia,hanya yang mampu abangku bawa amalan-amalan solehnya ketika dia masih bernyawa..Aku terdiam diam lagi,cuba mencari kekuatan lagi..tapi akhirnya aku tewas juga,terasa hangat air mengalir di pipi ku..satu  kenyataan yang nyata sekarang abang ku telah pergi untuk selama-lamanya.Al-fatihah buat abang ku Zakaria Omar,seawal usia mu 33 tahun kau pergi jua..

``sesungguhnya kematian itu satu perkara yang pasti ''

Nota Sekeping Hati

Tuesday, 24 September 2013

Cerita Gadis Itu.......

Terdiam seketika bila mengetahui...tiba-tiba perasaan menjadi hiba,tanpa sedar titisan air jenih mengalir keluar dari tumbir mata...gadis itu terus membiar air mata itu mengalir..baginya air mata itu dapat melegakan segala perasaan yang sedang bersarang dilubuk hatinya..... 

tiba-tiba gadis itu dikejutkan dengan panggilan dari insan tersayang (ibu)..secara automatik air mata itu berhenti mengalir,dan secara automatik juga suara esakan  halus berhenti...Bagi gadis itu biar kesedihan itu hanya untuk dirinya..ibunya tidak perlu tahu bahawa anak gadisnya sedang bersedih....

seperti biasa ibu akan bertanya khabar keadaan anaknya yang  duduk diperantauan...alhamdulillah ,gadis itu amat bersyukur memiliki seorang seorang ibu yang amat memahami,rasa kesedihan hilang apabila dapat berbual mesra dengan ibu..gadis itu mampu tersenyum bila dengar leteran dan nasihat dari mulut seorang ibu..Ya Allah ..bertapa mulianya seorang ibu kerana dengan hanya mendengar suaranya sahaja gadis itu mampu melupakan segala kesedihan yang bersarang dihatinya...jika dia punya sayap sekarang juga gadis itu mahu terbang dan memeluk erat ibunya...tp gadis itu sedar dia hanya manusia..bukan seperti burung yang mampu terbang kemana-mana yang ia mahu pergi...

Tiba-tiba dihujung perbualan ibu seolah-olah dapat membaca hati gadis itu,maybe itu anugerah terindah yang dimiliki oleh seorang ibu..menpunyai detik rasa yang mendalam ...

ibu    : akak ok ke nie..
gadis  : alahamdulillah semuanya ok..gadis itu cuba menipu tentang kesedihannya..(tiba-tiba esakan kecil kedengaran,,jujur gadis itu tidak mampu bertahan dari air matanya mengalir ..hatinya betul terluka ,dia perlukan kekuatan dari ibunya...
Ibu    : laa,kenapa pulak nie,xdi kata ok..cuba cerita dekat ibu
gadis  : sayu hati bila mendengar ucapan  dari bibir seorang ibu...xde apa laa ibu..saje je rindu kat ibu..
bukan niat untuk berbohong tetapi itu yang terbaik buat masa sekarang..gadis itu punya sebab bagi segala-galanya...

harapan gadis itu hanya inginkan sebuah kekuatan dan pasrah dengan semua ketentuan yang telah  diberikan ,seperti kata-kata pujangga "usah dipinta kehidupan mudah, tapi pintalah hati yang tabah, usah dipinta kecilkan ujian tetapi pintalah dibesarkan Iman"








Nota Sekeping Hati

Wednesday, 14 August 2013

WANITA TAK INGIN MENUNTUT BANYAK

Laki-laki Harus Baca....!!!
Wanita Jangan jadi Bangga ...

Sebagian lelaki berkata :
Wanita itu terlalu minta dimanja..
Wanita itu terlalu minta diperhatikan...
Wanita itu terlalu banyak maunya..
Padahal kalau kita mau jujur.
Anggapan itu tidaklah selalu benar..

Karena sesungguhnya
Masih banyak wanita masih mampu berdiri tegar..
Meski terkadang sering dikecewakan..
Masih banyak wanita masih mampu banyak diam.
Meski gejolak hati kadang tak tertahankan..
Masih banyak wanita masih mampu setia.
Meski terkadang pernah diduakan..

Ketika lelaki berusaha pergi dan menghindar
Wanita masih mampu untuk bertahan..

Ketika lelaki datang kembali membawa keinginan
Wanita masih mampu menerima dengan kedua tangan..
Meski wanita terkadang terlihat tidak peduli,
Meski Wanita terkadang terlihat mengacuhkan..

Tapi sesungguhnya jauh dilubuk hatinya yang paling dalam
Wanita masih mampu berdoa dalam setiap sujudnya..

Berdoa dan berharap untuk yang terbaik bagi lelaki yang
disayanginya..
Dan itulah sebenarnya yang ada dalam hati setiap wanita.


###kredit kepada penulis asal###

Monday, 24 June 2013

Jom Bercuti

yoyoyoyo semangat untuk menulis telah kembali..sebenarnya tak delah semangat sangat cuma untuk menghilangkan rasa mengantok dan bosan mengadap kerja yang tak penah habis...disebabkan kebosanan ditahap gaban,saya belek-belek lah gambar yang ada kat laptop nie..tiba-tiba terjumpa lah gambar 2 tahun lepas,dimana kami sekeluarga bercuti di terengganu...

kalau tak silap saya ,kami sekeluarga bercuti selepas seminggu abang saya berkahwin,so bertambah meriahlah bercutian kami sekeluarga dengan kehadiran orang baru....dan yang paling seronok family kami je yang booking resort tu...ia memudahkan untuk kami membuat aktiviti yang telah dirancang..yahoooooo..mood happy gila time tu...


 

 Resort  Angullia Beach House tempat kami bercuti



              sampai-sampai semuanya kelaparan,terus bekalan kami semua kerjakan.

                             Adik N anak buah ku yang suka sangat  bergambar

Hari kedua di Angullia  huhuuu, hari kedua nie penat sikit laa , al-maklumlah sebelum kami pergi bercuti,kami telah mengada satu mesyuarat..cewah ayat tak boleh bla..bla..mesyuarat laa sangat...hahha dimana saya selaku penasihat program dan urussetia lawatan telah menlantik adik saya sabagai ajk permainan...so bila dah ada ajk permainan secara tak langsung adalah game-game yang telah kami laksanakan dengan jaya...kreadit buat adik -adik kerana telah berjaya buat percutian kali ini lebih meriah....:)






  GAME PERTAMA MUMIA(waktu nie saya rasa nak pecah perut tengok semuanya jadi 
mumia...hihih, buat pengetahuan semua saya memang tak main kesemua game yang dijalankan kerana saya telah melantik diri saya sendiri untuk menjadi pengadil bagi setiap game yang dijalankan...:)




GAME KE DUA BINA ISTANA PASIR (waktu nie kesemua adik-beradik ku termasuk ibu dan abah menunjukkan bakat seni yang terpendam....tetapi untuk jadi pereka bangunan memang gagal lah..hahahah
GAME KE TIGA LARI BERTALI BERPASANGAN


tentu korang duk tertanya aksi apa lak yang dipamirkan hahahah,jeng..jeng...


aksinya telah terjawab tak ...hihih..aksi GAME KE EMPAT BOLA BALING PANTAI..

ooooo lupa nak citer ...pada hari pertama sampai saya,dua orang adik lelaki,abah n abang ipar telah berpakat untuk pergi mencandat sotong,kebetulan ketika percutian kami tu musim orang mencandat sontong,...maka kami pun telah menyewa bot dengan  harga RM 500.00 pakej untuk sehari semalam...tetapi nak jadikan cerita tak sampai pagi saya dah ajak abah dan yang lain balik ke darat..heheheh sume nie disebabkan saya telah mengalami mabuk laut.....:)



abah yang semangat untuk mencadat sotong..kata abang ipar ku otai lama..tapi hanya seekor sotong je yang berjaya dinaikkan oleh abah wakakakak..(gelak jahat)

                                     

Last sekali aktiviti kami adalah malam,BBQ dan Sambutan Hari Bapa......






Akhirnya sampai lar ke perhujung percutian kami...awal-awal pagi lagi kami terlah bersiap untuk balik ke lanchang,,memandangkan saya dan adik-adik yang lain terpaksa pulang untuk berkerja ,ibu mengajak kami semua pulang lebih awal......









Selamat tinggal Terengganu..ada jodoh kita berjumpa lagi....

Tuesday, 18 June 2013

Awak Yang Wujud



Entri kali ini ku tujukan khas buat insan yang bakal menjadi meneman hidupku suatu hari nanti ....teman dikala diri ku didalam kesusahan dan kesenangan,dan seorang ayah kepada cahayamata ku kelak .....
Jujurnya diri ini masih belum tahu siapa insan tersebut..kerana merancangan Allah tidak akan terjadi bila tiba masanya....Dedikasi khas ini buat awak..

Awak...
andai awaklah jodoh yang yang telah tertulis di Lauh Mahfuz...Allah pasti akan menanamkan rasa kasih didalam hatiku dan juga hatimu,itu janji Allah yang pasti..

Awak...
Permintaan ku tidak banyak,cukuplah awak menyerahkan seluruh diri mu dalam mencari redha illahi dan jujurnya diriku akan merasa bernilai andai dapat menjadi tiang penjanggal ataupun  sandaran kekuatan mu...Bahkan diriku bersyukur pada illahi sekiranya yang ditakdir menjadi meniup semangat juangmu..akan ku hulurkan tangan ku untuk mu  berpaut sewaktu rebah...

Awak....
Cukuplah awak mencintai Allah dengan sepenuh hatimu,kerana dengan mencintai Allah diriku yakin awak akan mencintaiku kerana Nya...cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa...moga cintai itu juga yang akan mempertemukan kita berdua..
 
Awak...
jika perancangan Allah itu telah tiba dan sempurna pada masanya....hanya satu ungkapan ku..terima kasih kerana sudi menjadi yang halal buat diriku..



Nota Sekeping Hati

Awak..

Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad, yang mampu mendebarkan hati juataan gadis untuk membuat aku terpikat.....



Nota Sekeping Hati

Monday, 27 May 2013

....Hati Gadis Itu....

``saya nak kawan istimewa gan awk blh tak..saya  tak pandai nak ayat bunga-bunga..sy terus-terang je senang.....

gadis itu terdiam...sambil mata terus memandang message difon nya...tiba-tiba perasaan menjadi tidak menentu..gadis itu terus berdiam diri,tanpa menekan relpy ...telefonnya dibiarkan bergitu sahaja..biarlah malas nak fikir,..keluh gadis itu..

``mcm mana nie ,tak ada jawapan lagi ni..kalau tak sudi nak kawan dengan saya tak pe lar,saya tak marah pun...msg seterusnya dihantar oleh insan tersebut...

sambil menarik nafas,gadis itu akhirnya mengambil keputusan untuk membalas message tersebut...
mengambil masa dalam memikirkan ayat yang terbaik bagi tidak mengecilkan hati insan yang sedang menunggu jawapan darinya..

``kita kawan biasa je laa...rasanya itu yg terbaik,saya kagum dan hormati sikap terus-terang tu..tapi buat masa sekarang hati sy tak terbuka untuk mana-mana lelaki...mintak maaf ,abang seorang lelaki yang saya hormati kerana bersikap terus-terang..

Berkali-kali gadis itu membaca apa yang ditaip sebelum menekan butang send...sambil berdoa Ya Allah ,moga ini keputusan yang terbaik buat ku..amin...akhirnya gadis itu telah membuat pilihan mengikut gerak hatinya......

sampai sekarang gadis itu ,masih menutup hatinya pada sang arjuna diluar sana...hanya kerana setianya gadis itu pada seseorang yang telah mengetuk pintu hatinya...seseorang yang membuat tidur malamnya selalu termimpi...dan disetiap mimpi gadis itu penuh dengan keindahan....

gadis itu memang seorang yang setia...sehingga sanggup menunggu pada satu jawapan yang tidak pasti...masih menaruh harapan bahawa mimpi malamnya akan menjadi kenyataan...walaupun gadis itu sering ditegur oleh manusia sekeliling..lupakan laa..lupakan,suara-suara insan terlalu marah kerana gadis itu terus menunggu pada sesuatu yang tidak pasti....ketahuilah wahai teman hati gadis ini tidak akan berubah tanpa izin-nya...




Nota Sekeping Hati