Entri kali ini ku tujukan khas buat insan yang bakal menjadi meneman hidupku suatu hari nanti ....teman dikala diri ku didalam kesusahan dan kesenangan,dan seorang ayah kepada cahayamata ku kelak .....
Jujurnya diri ini masih belum tahu siapa insan tersebut..kerana merancangan Allah tidak akan terjadi bila tiba masanya....Dedikasi khas ini buat awak..
Awak...
andai awaklah jodoh yang yang telah tertulis di Lauh Mahfuz...Allah pasti akan menanamkan rasa kasih didalam hatiku dan juga hatimu,itu janji Allah yang pasti..
Awak...
Permintaan ku tidak banyak,cukuplah awak menyerahkan seluruh diri mu dalam mencari redha illahi dan jujurnya diriku akan merasa bernilai andai dapat menjadi tiang penjanggal ataupun sandaran kekuatan mu...Bahkan diriku bersyukur pada illahi sekiranya yang ditakdir menjadi meniup semangat juangmu..akan ku hulurkan tangan ku untuk mu berpaut sewaktu rebah...
Awak....
Cukuplah awak mencintai Allah dengan sepenuh hatimu,kerana dengan mencintai Allah diriku yakin awak akan mencintaiku kerana Nya...cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa...moga cintai itu juga yang akan mempertemukan kita berdua..
Awak...
jika perancangan Allah itu telah tiba dan sempurna pada masanya....hanya satu ungkapan ku..terima kasih kerana sudi menjadi yang halal buat diriku..
Nota Sekeping Hati
No comments:
Post a Comment