Sunday, 3 February 2013

ZahirNya DiRi

Terasa kosong jiwa ini..
Terasa asing diri ini..
Terasa sangsi pada diri..
Mencari sesuatu yang ada pada diri..

Siapa Diri..
Aku kah...Kamu kah...
Siapa..siapa....
Masih tanpa jawapan...
Duhai diri ,sungguh sukar ku mencari mu..
Kadang-kadang aku tewas oleh dunia mu..

Mencari sesuatu yang hak dalam yang batin
Mencari diri dalam Aku..
Mencari sinar yang tersembunyi..
Mencari diri yang sejati....

Mata ku ditutup oleh selabuk duniawi..
Hati ku digoda-gada oleh was-was...
Akal ku mengatakan tidak pada hakikat yang nyata..
Hilang dalam kewarasan dalam mentafsir antara tersurat dan tersirat..

Penat mencari rupanya terlalu hampir dengan diri
Aku didalam aku..
diri didalam AKU..

Nurkilan..


Nota Sekeping Hati

Tambah kapsyen


2 comments:

Unknown said...

banyak yang tersirat ct nie...good job

http://notasekepinghati.blogspot.com/ said...

tq kerana sudi membaca,xde tersirat pun hnya coretan biasa..