Wednesday, 22 May 2013

Bila Hati Berbicara Part 3

``Akak dengar dalam radio semalam ,besok keputusan peperiksaan STPM suria akan diumumkan''..tutur Cikgu Nadia lembut,sambil tangannya pantas menanda buku latihan anak muridnya..

``Kalau ikutkan esok laa kak..risau juga suria kalau keputusan peperiksaan suria teruk''.ucap suria sambil menpamirkan wajah kerisauan..

`` insyaallah akak yakin suria mesti jadi best student untuk stpm kali ini,suriakan bijak ..lagi pun akak tengok sejak suria mengajar di tadika nie, prestasi pelajar semakin meningkat,ibubapa pelajar pun ada berjumpa dengan akak bagi tahu mereka berpuas hati dengan cara suria mengajar anak mereka...

``tak adalah kak ,cuba merendah diri, baginya apa yang disampaikan tidak seberapa jika dibandingkan dengan kak nadia yang telah lama mengajar di tadika ini...lagi pun suria mengajar ikut apa yang akak cakap .ucap suria lagi..

Selepas tamat persekolahan suria memohon menjadi guru sambilan di Tadika Cerdik Pintar dan atas jasa kak nadia jugalah dia dapat menjadi salah seorang warga pendidik di tadika tersebut.Bagi suria ,kak nadia telah dianggap seperti kakak kandungnya sendiri dan merupakan rakan sekerja yang sangat baik,kerana banyak membantunya  dalam memberi tunjuk ajar dalam mendidik anak muridnya...dan  sejak kecil lagi suria bercita-cita menjadi seorang pendidik, dia berharap jika keputusan peperiksaan stpm nya cemerlang dia ingin memohon jurusan  peguruan dia universiti..

``kak nadia ,besok saya mohon cuti dengan pengetua,nak pergi ambil result stpm..ucap suria

``ok akak doakan suria cemerlang ,
jom.. lah kita balik lagi pun dah lewat nie...ucap nadia lalu mencapai kunci keretanya dan berlalu pergi..

                        ***************************************************
Taniah suria,... awk merupakan pelajar terbaik untuk stpm tahun ini..ucapan dari guru muda yang merupakan guru kelasnya dulu disambut dengan senyuman manis oleh suria

``terima kasih cikgu, kerjayaaan  saya ini semua hasil dorongan dan tunjuk ajar yang telah cikgu berikan , tanpa cikgu mungkin saya tidak akan berjaya seperti sekarang..tutur lembut suria..

bagi suria cikgu Akmal banyak membantunya,kadang-kadang kebaikan guru muda itu telah disalah tafsir oleh rakan-rakannya,tetapi suria tahu cikgu akmal hanya mahu menlihat semua anak didiknya berjaya termasuklah suria...

bagi akmal pula,sikap suria yang selalu merendah diri dan perwatakanya yang lembut telah menarik hatinya untuk menlihat pelajarnya itu berjaya dan tanpa dia sedar sebenarnya caranya membuatkan ramai yang beranggapan bahawa dia telah jatuh hati pada gadis tersebut....

`` cikgu...cikgu..cikgu akmal...ucap suria berkali-kali memanggil  nama guru muda itu..

akmal tersipu  malu,kerana kelakuanya disedari oleh suria...

``cikgu teringat dekat siapa nie,tunang ye..usik suria bagi mengelakan suasana menjadi sepi..

`` Tak adalah, kesitu pulak awak nie suria...kalaulah suria tahu bahawa dia sedang memikilkan dirinya ,kemana dia harus sembunyikan mukanya ketika itu...bisiknya sambil tersenyum kecil...

``tunang ...sejak bila pula aku bertunang...ingin bertanya kepada suria ,tetapi pertanyaan itu hanya di dalam hati tidak terlahir melalui lisan yang keluar dari mulut..biarlah mungkin suria hanya bergurau...

``saya minta diri dululah cikgu,lagipun saya ingin kongsikan berita gembira ini kepada nenek...ucap suria lalu mengucapkan terima kasih kepada guru muda itu...

Perasaan sayu menyapa hati akmal seolah-olah dia bakal kehilangan sesuatu...kenapa dengan aku nie ,akmal cuba mengusil perasaan tersebut dan pada hakikat sebenarnya dia cuba menafikan sesuatu yang mula bercambah dihatinya....akmal memandang sepi suria yang berlalu pergi....

Bersambung.........

Nota Sekeping Hati



No comments: