Monday, 24 June 2013

Jom Bercuti

yoyoyoyo semangat untuk menulis telah kembali..sebenarnya tak delah semangat sangat cuma untuk menghilangkan rasa mengantok dan bosan mengadap kerja yang tak penah habis...disebabkan kebosanan ditahap gaban,saya belek-belek lah gambar yang ada kat laptop nie..tiba-tiba terjumpa lah gambar 2 tahun lepas,dimana kami sekeluarga bercuti di terengganu...

kalau tak silap saya ,kami sekeluarga bercuti selepas seminggu abang saya berkahwin,so bertambah meriahlah bercutian kami sekeluarga dengan kehadiran orang baru....dan yang paling seronok family kami je yang booking resort tu...ia memudahkan untuk kami membuat aktiviti yang telah dirancang..yahoooooo..mood happy gila time tu...


 

 Resort  Angullia Beach House tempat kami bercuti



              sampai-sampai semuanya kelaparan,terus bekalan kami semua kerjakan.

                             Adik N anak buah ku yang suka sangat  bergambar

Hari kedua di Angullia  huhuuu, hari kedua nie penat sikit laa , al-maklumlah sebelum kami pergi bercuti,kami telah mengada satu mesyuarat..cewah ayat tak boleh bla..bla..mesyuarat laa sangat...hahha dimana saya selaku penasihat program dan urussetia lawatan telah menlantik adik saya sabagai ajk permainan...so bila dah ada ajk permainan secara tak langsung adalah game-game yang telah kami laksanakan dengan jaya...kreadit buat adik -adik kerana telah berjaya buat percutian kali ini lebih meriah....:)






  GAME PERTAMA MUMIA(waktu nie saya rasa nak pecah perut tengok semuanya jadi 
mumia...hihih, buat pengetahuan semua saya memang tak main kesemua game yang dijalankan kerana saya telah melantik diri saya sendiri untuk menjadi pengadil bagi setiap game yang dijalankan...:)




GAME KE DUA BINA ISTANA PASIR (waktu nie kesemua adik-beradik ku termasuk ibu dan abah menunjukkan bakat seni yang terpendam....tetapi untuk jadi pereka bangunan memang gagal lah..hahahah
GAME KE TIGA LARI BERTALI BERPASANGAN


tentu korang duk tertanya aksi apa lak yang dipamirkan hahahah,jeng..jeng...


aksinya telah terjawab tak ...hihih..aksi GAME KE EMPAT BOLA BALING PANTAI..

ooooo lupa nak citer ...pada hari pertama sampai saya,dua orang adik lelaki,abah n abang ipar telah berpakat untuk pergi mencandat sotong,kebetulan ketika percutian kami tu musim orang mencandat sontong,...maka kami pun telah menyewa bot dengan  harga RM 500.00 pakej untuk sehari semalam...tetapi nak jadikan cerita tak sampai pagi saya dah ajak abah dan yang lain balik ke darat..heheheh sume nie disebabkan saya telah mengalami mabuk laut.....:)



abah yang semangat untuk mencadat sotong..kata abang ipar ku otai lama..tapi hanya seekor sotong je yang berjaya dinaikkan oleh abah wakakakak..(gelak jahat)

                                     

Last sekali aktiviti kami adalah malam,BBQ dan Sambutan Hari Bapa......






Akhirnya sampai lar ke perhujung percutian kami...awal-awal pagi lagi kami terlah bersiap untuk balik ke lanchang,,memandangkan saya dan adik-adik yang lain terpaksa pulang untuk berkerja ,ibu mengajak kami semua pulang lebih awal......









Selamat tinggal Terengganu..ada jodoh kita berjumpa lagi....

Tuesday, 18 June 2013

Awak Yang Wujud



Entri kali ini ku tujukan khas buat insan yang bakal menjadi meneman hidupku suatu hari nanti ....teman dikala diri ku didalam kesusahan dan kesenangan,dan seorang ayah kepada cahayamata ku kelak .....
Jujurnya diri ini masih belum tahu siapa insan tersebut..kerana merancangan Allah tidak akan terjadi bila tiba masanya....Dedikasi khas ini buat awak..

Awak...
andai awaklah jodoh yang yang telah tertulis di Lauh Mahfuz...Allah pasti akan menanamkan rasa kasih didalam hatiku dan juga hatimu,itu janji Allah yang pasti..

Awak...
Permintaan ku tidak banyak,cukuplah awak menyerahkan seluruh diri mu dalam mencari redha illahi dan jujurnya diriku akan merasa bernilai andai dapat menjadi tiang penjanggal ataupun  sandaran kekuatan mu...Bahkan diriku bersyukur pada illahi sekiranya yang ditakdir menjadi meniup semangat juangmu..akan ku hulurkan tangan ku untuk mu  berpaut sewaktu rebah...

Awak....
Cukuplah awak mencintai Allah dengan sepenuh hatimu,kerana dengan mencintai Allah diriku yakin awak akan mencintaiku kerana Nya...cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa...moga cintai itu juga yang akan mempertemukan kita berdua..
 
Awak...
jika perancangan Allah itu telah tiba dan sempurna pada masanya....hanya satu ungkapan ku..terima kasih kerana sudi menjadi yang halal buat diriku..



Nota Sekeping Hati

Awak..

Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad, yang mampu mendebarkan hati juataan gadis untuk membuat aku terpikat.....



Nota Sekeping Hati