tiba-tiba gadis itu dikejutkan dengan panggilan dari insan tersayang (ibu)..secara automatik air mata itu berhenti mengalir,dan secara automatik juga suara esakan halus berhenti...Bagi gadis itu biar kesedihan itu hanya untuk dirinya..ibunya tidak perlu tahu bahawa anak gadisnya sedang bersedih....
seperti biasa ibu akan bertanya khabar keadaan anaknya yang duduk diperantauan...alhamdulillah ,gadis itu amat bersyukur memiliki seorang seorang ibu yang amat memahami,rasa kesedihan hilang apabila dapat berbual mesra dengan ibu..gadis itu mampu tersenyum bila dengar leteran dan nasihat dari mulut seorang ibu..Ya Allah ..bertapa mulianya seorang ibu kerana dengan hanya mendengar suaranya sahaja gadis itu mampu melupakan segala kesedihan yang bersarang dihatinya...jika dia punya sayap sekarang juga gadis itu mahu terbang dan memeluk erat ibunya...tp gadis itu sedar dia hanya manusia..bukan seperti burung yang mampu terbang kemana-mana yang ia mahu pergi...
Tiba-tiba dihujung perbualan ibu seolah-olah dapat membaca hati gadis itu,maybe itu anugerah terindah yang dimiliki oleh seorang ibu..menpunyai detik rasa yang mendalam ...
ibu : akak ok ke nie..
gadis : alahamdulillah semuanya ok..gadis itu cuba menipu tentang kesedihannya..(tiba-tiba esakan kecil kedengaran,,jujur gadis itu tidak mampu bertahan dari air matanya mengalir ..hatinya betul terluka ,dia perlukan kekuatan dari ibunya...
Ibu : laa,kenapa pulak nie,xdi kata ok..cuba cerita dekat ibu
gadis : sayu hati bila mendengar ucapan dari bibir seorang ibu...xde apa laa ibu..saje je rindu kat ibu..
bukan niat untuk berbohong tetapi itu yang terbaik buat masa sekarang..gadis itu punya sebab bagi segala-galanya...
harapan gadis itu hanya inginkan sebuah kekuatan dan pasrah dengan semua ketentuan yang telah diberikan ,seperti kata-kata pujangga "usah dipinta kehidupan mudah, tapi pintalah hati yang tabah, usah dipinta kecilkan ujian tetapi pintalah dibesarkan Iman"
Nota Sekeping Hati