Tuesday, 21 January 2014

Kau Pergi Jua...

17 Januari 2014
Terima panggilan dari abangku,mengatakan abang ku zakaria berada di wad  hospital kajang,ketika itu aku balik bercuti di kampung.Akhir setelah berbincang bersama ibudan abah ,kami mengambil keputusan untuk pergi melawat abang ku pada esok pagi.

18 Januari 2014
sampai dihospital Kajang,kelihatan abang ku yang terbaring di katil hospital..Aku hanya mampu berdoa didalam hati,kelihatan wajah ibu dan abah yang agak hiba..aku cuba untuk kuat tanpa mengalirkan airmata,jika itu ketentuannya Ya Allah kau ambil je lah nyawanya..bisik hati kecil ku..
jahatnya aku,sampai sanggup mendoakan kematian untuk abang kandung sendiri...
kelihatan Doktor muda menghampiri abah,penerangan diberikan oleh doktor tentang keadaan abang ku,walaupun aku tidak berada berhampiran  ketika doktor muda itu memberikan penerangan tentang tahap kesihatan abang ku,tapi aku yakin tahap kesihatan abang agak membimbangkan.Aku hanya mampu diam,hanya mampu memandang kelakuan abah mengosok kedua-dua kaki abang ku..kasih seorang ayah kepada anaknya..perasaan ketika itu menjadi semakin sebak,dada ku seolah-oleh sukar bernafas,aku terus menarik nafas bagi mengawal perasaan hiba ku..

19 Januari 2014

5.45 petang,adik ku memaklumkan abang ku Zakaria binti Omar telah meninggal dunia..telah meninggalkan kami adik-beradik,telah berhenti menjadi pelakon di pentas dunia,telah meninggalkan segala perhiasan didunia,hanya yang mampu abangku bawa amalan-amalan solehnya ketika dia masih bernyawa..Aku terdiam diam lagi,cuba mencari kekuatan lagi..tapi akhirnya aku tewas juga,terasa hangat air mengalir di pipi ku..satu  kenyataan yang nyata sekarang abang ku telah pergi untuk selama-lamanya.Al-fatihah buat abang ku Zakaria Omar,seawal usia mu 33 tahun kau pergi jua..

``sesungguhnya kematian itu satu perkara yang pasti ''

Nota Sekeping Hati

Tuesday, 24 September 2013

Cerita Gadis Itu.......

Terdiam seketika bila mengetahui...tiba-tiba perasaan menjadi hiba,tanpa sedar titisan air jenih mengalir keluar dari tumbir mata...gadis itu terus membiar air mata itu mengalir..baginya air mata itu dapat melegakan segala perasaan yang sedang bersarang dilubuk hatinya..... 

tiba-tiba gadis itu dikejutkan dengan panggilan dari insan tersayang (ibu)..secara automatik air mata itu berhenti mengalir,dan secara automatik juga suara esakan  halus berhenti...Bagi gadis itu biar kesedihan itu hanya untuk dirinya..ibunya tidak perlu tahu bahawa anak gadisnya sedang bersedih....

seperti biasa ibu akan bertanya khabar keadaan anaknya yang  duduk diperantauan...alhamdulillah ,gadis itu amat bersyukur memiliki seorang seorang ibu yang amat memahami,rasa kesedihan hilang apabila dapat berbual mesra dengan ibu..gadis itu mampu tersenyum bila dengar leteran dan nasihat dari mulut seorang ibu..Ya Allah ..bertapa mulianya seorang ibu kerana dengan hanya mendengar suaranya sahaja gadis itu mampu melupakan segala kesedihan yang bersarang dihatinya...jika dia punya sayap sekarang juga gadis itu mahu terbang dan memeluk erat ibunya...tp gadis itu sedar dia hanya manusia..bukan seperti burung yang mampu terbang kemana-mana yang ia mahu pergi...

Tiba-tiba dihujung perbualan ibu seolah-olah dapat membaca hati gadis itu,maybe itu anugerah terindah yang dimiliki oleh seorang ibu..menpunyai detik rasa yang mendalam ...

ibu    : akak ok ke nie..
gadis  : alahamdulillah semuanya ok..gadis itu cuba menipu tentang kesedihannya..(tiba-tiba esakan kecil kedengaran,,jujur gadis itu tidak mampu bertahan dari air matanya mengalir ..hatinya betul terluka ,dia perlukan kekuatan dari ibunya...
Ibu    : laa,kenapa pulak nie,xdi kata ok..cuba cerita dekat ibu
gadis  : sayu hati bila mendengar ucapan  dari bibir seorang ibu...xde apa laa ibu..saje je rindu kat ibu..
bukan niat untuk berbohong tetapi itu yang terbaik buat masa sekarang..gadis itu punya sebab bagi segala-galanya...

harapan gadis itu hanya inginkan sebuah kekuatan dan pasrah dengan semua ketentuan yang telah  diberikan ,seperti kata-kata pujangga "usah dipinta kehidupan mudah, tapi pintalah hati yang tabah, usah dipinta kecilkan ujian tetapi pintalah dibesarkan Iman"








Nota Sekeping Hati

Wednesday, 14 August 2013

WANITA TAK INGIN MENUNTUT BANYAK

Laki-laki Harus Baca....!!!
Wanita Jangan jadi Bangga ...

Sebagian lelaki berkata :
Wanita itu terlalu minta dimanja..
Wanita itu terlalu minta diperhatikan...
Wanita itu terlalu banyak maunya..
Padahal kalau kita mau jujur.
Anggapan itu tidaklah selalu benar..

Karena sesungguhnya
Masih banyak wanita masih mampu berdiri tegar..
Meski terkadang sering dikecewakan..
Masih banyak wanita masih mampu banyak diam.
Meski gejolak hati kadang tak tertahankan..
Masih banyak wanita masih mampu setia.
Meski terkadang pernah diduakan..

Ketika lelaki berusaha pergi dan menghindar
Wanita masih mampu untuk bertahan..

Ketika lelaki datang kembali membawa keinginan
Wanita masih mampu menerima dengan kedua tangan..
Meski wanita terkadang terlihat tidak peduli,
Meski Wanita terkadang terlihat mengacuhkan..

Tapi sesungguhnya jauh dilubuk hatinya yang paling dalam
Wanita masih mampu berdoa dalam setiap sujudnya..

Berdoa dan berharap untuk yang terbaik bagi lelaki yang
disayanginya..
Dan itulah sebenarnya yang ada dalam hati setiap wanita.


###kredit kepada penulis asal###

Monday, 24 June 2013

Jom Bercuti

yoyoyoyo semangat untuk menulis telah kembali..sebenarnya tak delah semangat sangat cuma untuk menghilangkan rasa mengantok dan bosan mengadap kerja yang tak penah habis...disebabkan kebosanan ditahap gaban,saya belek-belek lah gambar yang ada kat laptop nie..tiba-tiba terjumpa lah gambar 2 tahun lepas,dimana kami sekeluarga bercuti di terengganu...

kalau tak silap saya ,kami sekeluarga bercuti selepas seminggu abang saya berkahwin,so bertambah meriahlah bercutian kami sekeluarga dengan kehadiran orang baru....dan yang paling seronok family kami je yang booking resort tu...ia memudahkan untuk kami membuat aktiviti yang telah dirancang..yahoooooo..mood happy gila time tu...


 

 Resort  Angullia Beach House tempat kami bercuti



              sampai-sampai semuanya kelaparan,terus bekalan kami semua kerjakan.

                             Adik N anak buah ku yang suka sangat  bergambar

Hari kedua di Angullia  huhuuu, hari kedua nie penat sikit laa , al-maklumlah sebelum kami pergi bercuti,kami telah mengada satu mesyuarat..cewah ayat tak boleh bla..bla..mesyuarat laa sangat...hahha dimana saya selaku penasihat program dan urussetia lawatan telah menlantik adik saya sabagai ajk permainan...so bila dah ada ajk permainan secara tak langsung adalah game-game yang telah kami laksanakan dengan jaya...kreadit buat adik -adik kerana telah berjaya buat percutian kali ini lebih meriah....:)






  GAME PERTAMA MUMIA(waktu nie saya rasa nak pecah perut tengok semuanya jadi 
mumia...hihih, buat pengetahuan semua saya memang tak main kesemua game yang dijalankan kerana saya telah melantik diri saya sendiri untuk menjadi pengadil bagi setiap game yang dijalankan...:)




GAME KE DUA BINA ISTANA PASIR (waktu nie kesemua adik-beradik ku termasuk ibu dan abah menunjukkan bakat seni yang terpendam....tetapi untuk jadi pereka bangunan memang gagal lah..hahahah
GAME KE TIGA LARI BERTALI BERPASANGAN


tentu korang duk tertanya aksi apa lak yang dipamirkan hahahah,jeng..jeng...


aksinya telah terjawab tak ...hihih..aksi GAME KE EMPAT BOLA BALING PANTAI..

ooooo lupa nak citer ...pada hari pertama sampai saya,dua orang adik lelaki,abah n abang ipar telah berpakat untuk pergi mencandat sotong,kebetulan ketika percutian kami tu musim orang mencandat sontong,...maka kami pun telah menyewa bot dengan  harga RM 500.00 pakej untuk sehari semalam...tetapi nak jadikan cerita tak sampai pagi saya dah ajak abah dan yang lain balik ke darat..heheheh sume nie disebabkan saya telah mengalami mabuk laut.....:)



abah yang semangat untuk mencadat sotong..kata abang ipar ku otai lama..tapi hanya seekor sotong je yang berjaya dinaikkan oleh abah wakakakak..(gelak jahat)

                                     

Last sekali aktiviti kami adalah malam,BBQ dan Sambutan Hari Bapa......






Akhirnya sampai lar ke perhujung percutian kami...awal-awal pagi lagi kami terlah bersiap untuk balik ke lanchang,,memandangkan saya dan adik-adik yang lain terpaksa pulang untuk berkerja ,ibu mengajak kami semua pulang lebih awal......









Selamat tinggal Terengganu..ada jodoh kita berjumpa lagi....

Tuesday, 18 June 2013

Awak Yang Wujud



Entri kali ini ku tujukan khas buat insan yang bakal menjadi meneman hidupku suatu hari nanti ....teman dikala diri ku didalam kesusahan dan kesenangan,dan seorang ayah kepada cahayamata ku kelak .....
Jujurnya diri ini masih belum tahu siapa insan tersebut..kerana merancangan Allah tidak akan terjadi bila tiba masanya....Dedikasi khas ini buat awak..

Awak...
andai awaklah jodoh yang yang telah tertulis di Lauh Mahfuz...Allah pasti akan menanamkan rasa kasih didalam hatiku dan juga hatimu,itu janji Allah yang pasti..

Awak...
Permintaan ku tidak banyak,cukuplah awak menyerahkan seluruh diri mu dalam mencari redha illahi dan jujurnya diriku akan merasa bernilai andai dapat menjadi tiang penjanggal ataupun  sandaran kekuatan mu...Bahkan diriku bersyukur pada illahi sekiranya yang ditakdir menjadi meniup semangat juangmu..akan ku hulurkan tangan ku untuk mu  berpaut sewaktu rebah...

Awak....
Cukuplah awak mencintai Allah dengan sepenuh hatimu,kerana dengan mencintai Allah diriku yakin awak akan mencintaiku kerana Nya...cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa...moga cintai itu juga yang akan mempertemukan kita berdua..
 
Awak...
jika perancangan Allah itu telah tiba dan sempurna pada masanya....hanya satu ungkapan ku..terima kasih kerana sudi menjadi yang halal buat diriku..



Nota Sekeping Hati

Awak..

Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad, yang mampu mendebarkan hati juataan gadis untuk membuat aku terpikat.....



Nota Sekeping Hati

Monday, 27 May 2013

....Hati Gadis Itu....

``saya nak kawan istimewa gan awk blh tak..saya  tak pandai nak ayat bunga-bunga..sy terus-terang je senang.....

gadis itu terdiam...sambil mata terus memandang message difon nya...tiba-tiba perasaan menjadi tidak menentu..gadis itu terus berdiam diri,tanpa menekan relpy ...telefonnya dibiarkan bergitu sahaja..biarlah malas nak fikir,..keluh gadis itu..

``mcm mana nie ,tak ada jawapan lagi ni..kalau tak sudi nak kawan dengan saya tak pe lar,saya tak marah pun...msg seterusnya dihantar oleh insan tersebut...

sambil menarik nafas,gadis itu akhirnya mengambil keputusan untuk membalas message tersebut...
mengambil masa dalam memikirkan ayat yang terbaik bagi tidak mengecilkan hati insan yang sedang menunggu jawapan darinya..

``kita kawan biasa je laa...rasanya itu yg terbaik,saya kagum dan hormati sikap terus-terang tu..tapi buat masa sekarang hati sy tak terbuka untuk mana-mana lelaki...mintak maaf ,abang seorang lelaki yang saya hormati kerana bersikap terus-terang..

Berkali-kali gadis itu membaca apa yang ditaip sebelum menekan butang send...sambil berdoa Ya Allah ,moga ini keputusan yang terbaik buat ku..amin...akhirnya gadis itu telah membuat pilihan mengikut gerak hatinya......

sampai sekarang gadis itu ,masih menutup hatinya pada sang arjuna diluar sana...hanya kerana setianya gadis itu pada seseorang yang telah mengetuk pintu hatinya...seseorang yang membuat tidur malamnya selalu termimpi...dan disetiap mimpi gadis itu penuh dengan keindahan....

gadis itu memang seorang yang setia...sehingga sanggup menunggu pada satu jawapan yang tidak pasti...masih menaruh harapan bahawa mimpi malamnya akan menjadi kenyataan...walaupun gadis itu sering ditegur oleh manusia sekeliling..lupakan laa..lupakan,suara-suara insan terlalu marah kerana gadis itu terus menunggu pada sesuatu yang tidak pasti....ketahuilah wahai teman hati gadis ini tidak akan berubah tanpa izin-nya...




Nota Sekeping Hati


Wednesday, 22 May 2013

Gadis 16 Mei

16 mei...emmm tak ada apa yang menarik sebenarnya cuma pada tarikh tersebut seorang gadis telah lahir kedunia dan sekarang gadis tersebut semakin dewasa,telah meninggal alam kanak-kanak yang penuh warna warni,riang -ria, dan seterusnya gadis itu maju selangkah kealam remaja yang penuh suka-duka,keinginan yang terlampau,rasa kasih-sayang dan sekarang gadis itu menghampiri zaman dewasa..emmm satu zaman yang memerlukan banyak pergorbanan,zaman yang ada hala-tuju,zaman yang ingin satu kehidupan yang lengkap seperti wanita-wanita dewasa diluar sana,mempunyai satu kehidupan yang sempurna bersama sang puteranya., tetapi sampai sekarang gadis itu masih tetap gadis yang sama hanya mampu melihat dari jauh kehidupan wanita dewasa yang telah lengkap,hanya mampu mengintai disebalik tirai,, kebahagian wanita itu,hanya mampu menjadi seorang gadis yang akur pada kedewasaan.......


Nota Sekeping Hati

Bila Hati Berbicara Part 3

``Akak dengar dalam radio semalam ,besok keputusan peperiksaan STPM suria akan diumumkan''..tutur Cikgu Nadia lembut,sambil tangannya pantas menanda buku latihan anak muridnya..

``Kalau ikutkan esok laa kak..risau juga suria kalau keputusan peperiksaan suria teruk''.ucap suria sambil menpamirkan wajah kerisauan..

`` insyaallah akak yakin suria mesti jadi best student untuk stpm kali ini,suriakan bijak ..lagi pun akak tengok sejak suria mengajar di tadika nie, prestasi pelajar semakin meningkat,ibubapa pelajar pun ada berjumpa dengan akak bagi tahu mereka berpuas hati dengan cara suria mengajar anak mereka...

``tak adalah kak ,cuba merendah diri, baginya apa yang disampaikan tidak seberapa jika dibandingkan dengan kak nadia yang telah lama mengajar di tadika ini...lagi pun suria mengajar ikut apa yang akak cakap .ucap suria lagi..

Selepas tamat persekolahan suria memohon menjadi guru sambilan di Tadika Cerdik Pintar dan atas jasa kak nadia jugalah dia dapat menjadi salah seorang warga pendidik di tadika tersebut.Bagi suria ,kak nadia telah dianggap seperti kakak kandungnya sendiri dan merupakan rakan sekerja yang sangat baik,kerana banyak membantunya  dalam memberi tunjuk ajar dalam mendidik anak muridnya...dan  sejak kecil lagi suria bercita-cita menjadi seorang pendidik, dia berharap jika keputusan peperiksaan stpm nya cemerlang dia ingin memohon jurusan  peguruan dia universiti..

``kak nadia ,besok saya mohon cuti dengan pengetua,nak pergi ambil result stpm..ucap suria

``ok akak doakan suria cemerlang ,
jom.. lah kita balik lagi pun dah lewat nie...ucap nadia lalu mencapai kunci keretanya dan berlalu pergi..

                        ***************************************************
Taniah suria,... awk merupakan pelajar terbaik untuk stpm tahun ini..ucapan dari guru muda yang merupakan guru kelasnya dulu disambut dengan senyuman manis oleh suria

``terima kasih cikgu, kerjayaaan  saya ini semua hasil dorongan dan tunjuk ajar yang telah cikgu berikan , tanpa cikgu mungkin saya tidak akan berjaya seperti sekarang..tutur lembut suria..

bagi suria cikgu Akmal banyak membantunya,kadang-kadang kebaikan guru muda itu telah disalah tafsir oleh rakan-rakannya,tetapi suria tahu cikgu akmal hanya mahu menlihat semua anak didiknya berjaya termasuklah suria...

bagi akmal pula,sikap suria yang selalu merendah diri dan perwatakanya yang lembut telah menarik hatinya untuk menlihat pelajarnya itu berjaya dan tanpa dia sedar sebenarnya caranya membuatkan ramai yang beranggapan bahawa dia telah jatuh hati pada gadis tersebut....

`` cikgu...cikgu..cikgu akmal...ucap suria berkali-kali memanggil  nama guru muda itu..

akmal tersipu  malu,kerana kelakuanya disedari oleh suria...

``cikgu teringat dekat siapa nie,tunang ye..usik suria bagi mengelakan suasana menjadi sepi..

`` Tak adalah, kesitu pulak awak nie suria...kalaulah suria tahu bahawa dia sedang memikilkan dirinya ,kemana dia harus sembunyikan mukanya ketika itu...bisiknya sambil tersenyum kecil...

``tunang ...sejak bila pula aku bertunang...ingin bertanya kepada suria ,tetapi pertanyaan itu hanya di dalam hati tidak terlahir melalui lisan yang keluar dari mulut..biarlah mungkin suria hanya bergurau...

``saya minta diri dululah cikgu,lagipun saya ingin kongsikan berita gembira ini kepada nenek...ucap suria lalu mengucapkan terima kasih kepada guru muda itu...

Perasaan sayu menyapa hati akmal seolah-olah dia bakal kehilangan sesuatu...kenapa dengan aku nie ,akmal cuba mengusil perasaan tersebut dan pada hakikat sebenarnya dia cuba menafikan sesuatu yang mula bercambah dihatinya....akmal memandang sepi suria yang berlalu pergi....

Bersambung.........

Nota Sekeping Hati



Tuesday, 9 April 2013

Dia..Dan..Dia

Dia..
menari-nari dikotak minda tentang dia
dia yang wujud didalam lubuk hati 
dia yang membuat fikiran dan perasaan menjadi kacau
dan dia yang membuat diri menjadi penanti...

Dia ...
Lafazlah dia...jangan berdiam diri
diri akur pada semua ketentuan ..
berani lah dia,menjadi dia yang sebenar..
jangan dia jadi lalang,bila angin petang datang...
ke kanan dia ke kanan,bila angin datang kekiri dia kekiri

Beranilah dia...
berani untuk sebuah jawapan yang pasti...
dia bukan pengecut...dia bukan dayus..
cuba dia perlukan sedikit kekuatan..
dan sebenarnya kekuatan itu datang dari diri dia sendiri....

Nota Sekeping Hati


Sunday, 24 February 2013

MELEPASKAN YANG TIDAK PERLU DIPERJUANGKAN


Bagaimana bisa aku masuk ke dalam hati yang nyatanya sudah berpenghuni?Meskipun penghuni itu hanyalah ilusi, yang masih saja dibawa dari masa2 yang sudah terlewati..Bagaimana bisa aku bersikap tegas untuk masuk, sedangkan pemilik kediaman tidak akan mempersilakan aku duduk?

Pada akhirnya nanti, aku akan sampai pada titik di mana aku harus bangun dari segala mimpi..

Pada akhirnya nanti, aku harus menyadari bahwa ada hal2 yang telah disediakan namun bukan untuk aku miliki..

Pada akhirnya nanti, aku yang harus memilih untuk memperjuangkanmu hingga letih atau mempersiapkan diri untuk kemudian pergi..

Pada akhirnya nanti, aku akan menemui saat2 dimana sudah tidak memungkinkan lagi untuk memperjuangkan. .

Bukankah tak ada ertinya menunggu padahal kamu bukanlah untuk kutunggu?Bukankah tidak mungkin aku memiliki sesuatu yang tidak diperuntukkan bagiku?

Ketika aku memutuskan untuk angkat kaki, mungkin aku tidak ingin mempertahankan kamu lagi..

Ketika aku menganggap segalanya selesai, itu ertinya kamu bukan lagi sesuatu yang ingin aku capai..Mungkin kita bukanlah untuk saling mencari dan melengkapi..Siapa tahu, kebahagiaanmu sudah Tuhan rancang ditangan orang lain..Kebahagiaanku juga pasti sudah disediakan sebaik mungkin..

Aku melepaskan kamu sebagai hati yang ingin aku pilih dan kuharap bisa membuatnya pulih..Namun kini, aku membiarkan kamu untuk berlabuh ke manapun yang kamu mau..Kerana di titik ini, aku sudah dengan pasti mampu melepaskan dan merelakan..Mari pergi dari titik ini dan cari bahagia kita sendiri..

Aku melepaskan, supaya ia yang sedang datang menujuku dapat menemukan jalannya yang sudah ditentukan..Dialah jodoh yang telah ditentukan_NYA. .Insya Allah

Nota Sekeping Hati

Berfikil Sejenak


Hargai apa yang kamu miliki saat ini.Kebahagiaan tak akan pernah datang kepada mereka yang tak menghargai apa yang telah mereka miliki.
Jika kamu percaya pada dirimu, tidak ada yang dapat menghentikanmu untuk mencapai apa yang kamu inginkan.

Lakukan yang terbaik sekarang.Kerana akan lebih buruk bila menyesali yang telah berlalu dan menghawatirkan yang akan datang.

Saat 2 sahabat menjadi kekasih, itu ketulusan.Saat 2  kekasih menjadi sahabat, itu kedewasaan.

Terlalu sombong untuk berpikir kamu tak memerlukan teman, dan terlalu naif jika kamu berpikir semua orang adalah sahabatmu.

Jika kamu memiliki keinginan tuk memulai, kamu juga harus mempunyai keberanian dan keinginan untuk menyelesaikannya, bukan hanya untuk mengakhiri.

Jangan biarkan seseorang mencintaimu diam-diam, karena cinta bukan untuk disembunyikan

Orang yang salah membuatmu bersenang-senang dan meninggalkan luka.Orang yang tepat membuatmu merasa tenang dan menghapus luka

Nota Sekeping Hati


Friday, 22 February 2013

Bila Hati Berbicara Part 2

Suria,makanlah sikit .... nanti  lambat sembuh kalau suria tak nak makan, makan sikit ye sayang...pujuk nenek tua yang sangat mengasihi suria
suria mengeleng-gelengkan kepala..

``suria tak ada selera laa nek,nanti kalau suria lapar suria ambil sendiri di dapur,nenek jangan laa risau ...,suria cuma demam sikit je ..
sebak dada suria bila melihat kerisauan jelas terpancar di wajah neneknya..sejak ibubapa suria meninggal dunia,nenek som lah tempat dia bermanja,...

kedua ibubapa suria terlibat dengan kemalangan jalan raya ketika suria masih kecil,dan sejak itu jugalah suria menjadi anak yang terlalu tabah dalam dugaan hidupnya,dibesarkan oleh seorang wanita tua yang suria sudah anggap seperti neneknya sendiri,..Hidup dalam kesederhanaan tapi suria bersyukur kerana ada insan yang mulia sanggup mengambilnya dan menjaganya penuh kasihsayang. ....mengikut cerita nenek som,yang merupakan jirannya ketika ibubapanya masih ada,.dan menurut nenek som juga dia tidak pernah melihat saudara -mara yang datang melawat ke rumah ibubapa suria ketika mereka masih hidup..nenek som sangat rapat dengan ibubapanya,dan mengaggap arwah ibubapa suria seperti anak kandungnya sendiri memandang nenek som sendiri tidak menpunyai keluarga,kerana tidak pernah berkahwin..


                        ***************************************************

Luq,...kau nie kenapa..aku tengok sejak kebelakangan nie kau sering termenung je ...
kau ada masalah ke ..?,cubalah cerita kat aku,mana tahu aku boleh tolong selesaikan...ucap aziz, sambil menepuk bahu sahabatnya itu..

sahabat yang dikenali sejak sama-sama belajar di uitm  Shah Alam,persahabatan mereka terus terjalin apabila luqman mengajak aziz berkerja di syarikat yang sama  dengannya...
,kebetulan ketika itu jawatan bagi pengurus kanan masih belum di isi,dan rezeki memihak pada aziz apabila dipanggil untuk interview jawatan tersebut,..semua ini ada lah berkat pertolongan sahabatnya luqman yang menyakinkan pihak atasan tentang keupayaan dia memikul tanggunjawab tersebut...

Aku sebenarnya tak de masalah pun cuma...fikiran aku terganggu sikit,sebenarnya aku sedang ingatkan seseorang...
pagi tak di aku pergi tunggu dia di tempat selalu aku nampak dia..tapi sampai satu jam aku tunggu
dia masih tak muncul-muncul...keluh luqman sambil tangganya mengaru kepala yang tidak gatal...

wou..wou..bro,kau  cerita apa nie.. aku tak faham cuba ,satu persatu kau jelas,kau tunggu siapa sebenarnya, ucap aziz sambil tersenyum menampak giginya yang tersusun rapi..

 Luqman terdiam seketika,ingin mengatur susun cerita supaya mudah difahami oleh sahabatnya..
Sebenarnya aku tunggu seorang gadis,..
aku selalu nampak dia menunggu seseorang di simpang jalan ,berhampiran dengan kawasan taman seroja..
tapi masalahnya pagi takdi aku tunggu tapi dia tak muncul-muncul gak...
entahlah aziz aku pun tak tahu kenapa aku selalu memikilkan tentang gadis tu..
wajahnya,penuh kelembutan,selalu tersenyum,..jujur aku mula tertarik dengan perwatakanya..ucap luqman sambil berharap sahabatnya faham apa yang ada didalam hatinya..

ohh.. nie masalahnya dalam hati ada taman lah ye..hahahaha,gelak aziz...
isk..isk.. kau nie aku serius ,kau perli aku pula......dengan pantas tangannya mencapai pen didepannya lalu di lontar kepada aziz..

ok..ok aku serius nie...esok kau pergi lah lagi,.. tunggu gadis mana tahu ada rezeki kau boleh jumpa gadis tu
ucap aziz cuba memberi pendapat kepada sahabatnya.

Luqman tersenyum bila mendengar cadangan sahabatnya itu....
moga esok dia akan ketemu dengan gadis yang telah membuatkan hatinya resah...
``ya..Allah ,ku memohon kepada mu moga dipermudahkan urusan ku"  bisik hati kecil Luqman ..


Bersambung....

Nota Sekeping Hati




Thursday, 21 February 2013

LetakNya BaHagiA

“Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita....
 Kadang-kadang yang menggembirakan itu tersembunyi derita. ..
 Dan bukan semua yang memualkan hati kita tidak baik untuk kita....
 Kadang-kadang di situlah letaknya bahagia.” :)







Nota Sekeping Hati

Bila Hati Berbicara part 1

Gadis itu,penuh dengan kelembutan,setiap tutur bicara tersusun rapi,seoleh-oleh telah dihafal skipnya sebelum memulakan bicara,selalu tersenyum manis membuat semua mata terpukau pada keayuanya...
siapakah gadis itu,sering aku lihat menunggu seseorang di tepi jalan menuju ke simpang tiga ,taman seroja..

Aduh...aku jadi gila ,hanya semata-mata kerana gadis itu...sering tidur malam ku diganggu oleh bayagan gadis itu...siapa kah kamu wahai gadis...bisik hati kecil ku..

aku mesti berani..kalau aku tak berani untuk jumpa gadis itu ,sampai bila aku tak akan tahu siapa sebenarnya dia....

                    ****************************************************************

asalamualaikum mak,,ucapku sambil terus berlalu menuju ke pintu ..
laa luqman kamu tak nak sarapan dulu ke.? ucap mak yang pelik menlihat sikap anak lelaki tunggalnya itu.

tak pe laa, mak ,luqman sarapan di pejabat,lagi pun pagi nie luqman ada meeting dengan bos
takut terlewat pulak...,
ok mak.. luqman pergi dulu..sambil mengambil tangan wanita yang paling disayangi lalu dikucupnya,

sebenarnya hari ini ,tiada meeting pun ,tetapi ada sesuatu yang membuatkan aku terburu-buru..
yang membuatkan hati ini resah menghitung waktu malam ke pagi..hanya semata-mata kerana gadis itu...
ku kerling jam ditangan ,sudah hampir waktu untuk aku ke pejabat..tetapi hati yang resah masih lagi tiada penawarnya..kemana kau duhai gadis,,kenapa hari ini kau tak datang..

akhirnya luqman mengambil keputusan untuk terus ke pejabat,dengan perasaan yang kecewa kerana tidak ketemu dengan apa yang dicarinya....sambil memecut laju keretanya,dia berharap suatu hari nanti dia akan berjumpa dengan gadis itu..

bersambung.............


Nota Sekeping Hati

Wednesday, 20 February 2013

Relakanlah ...

Melupakan seseorang yang telah memberikanmu banyak kenangan indah                                                         adalah perkara yang sangat sukar  .....                                                                                                             Tapi jika itu yang terbaik , relakanlah .....


Nota Sekeping Hati

Monday, 18 February 2013

SUKA, SAYANG DAN CINTA

assalamualaikum...

Tak tahu apa yang hendak ditulis,cuma sy amat tertarik dengan satu artike ,ia berkenaan tentang perbezaa suka,sayang dan cinta....jom sama-sama kita fahami maksub yang ingin disampaikan.

Perbezaan Suka, Sayang dan Cinta | Saat kamu MENYUKAI seseorang, kamu ingin memilikinya untuk keegoanmu sendiri.Saat kamu MENYAYANGI seseorang, kamu ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri.Saat kamu MENCINTAI seseorang, kamu akan melakukan apapun untuk kebahagiaannya walaupun kamu harus mengorbankan jiwamu.

PERBEZAAN SUKA, SAYANG DAN CINTA

Saat kamu menyukai seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya,
“Bolehkah aku menciummu?”
Saat kau menyayangi seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya,
“Bolehkah aku memelukmu?”
Saat kamu mencintai seseorang dan berada disisinya maka kau akan menggenggam erat tangannya.
SUKA adalah saat ia menangis, kamu akan berkata
“Sudahlah, jangan menangis.”
SAYANG adalah saat ia menangis dan kamu akan menangis bersamanya.
CINTA adalah saat ia menangis dan kamu akan membiarkannya menangis di bahumu sambil berkata,
“Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama. ”
SUKA adalah saat kamu melihatnya kamu akan berkata,
“Ia sangat cantik/tampan dan menawan.”
SAYANG adalah saat kamu melihatnya kamu akan melihatnya dari hatimu dan bukan matamu.
CINTA adalah saat kamu melihatnya kamu akan berkata,
“Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku..”
Pada saat orang yang kamu SUKA menyakitimu, maka kamu akan marah dan tidak mahu lagi bicara dengannya.
Pada saat orang yang kamu SAYANG menyakiti hatimu, kamu akan menangis untuknya.
Pada saat orang yang kamu CINTAI menyakitimu, kamu akan berkata,
“Tak mengapa dia hanya tidak tahu yang dia lakukan.”
Pada saat kamu suka padanya, kamu akan MEMAKSANYA untuk menyukaimu.
Pada saat kamu sayang padanya, kamu akan MEMBIARKANNYA MEMILIH.
Pada saat kamu cinta padanya, kamu akan selalu MENANTINYA dengan setia dan tulus.
SUKA adalah kamu akan menemaninya bila itu menguntungkan.
SAYANG adalah kamu akan menemaninya di saat dia memerlukan.
CINTA adalah kamu akan menemaninya tidak peduli bagaimana pun keadaanmu.
SUKA adalah hal yang menuntut.
SAYANG adalah hal memberi dan menerima.
CINTA adalah hal yang memberi dengan rel
Nota Sekeping Hati

Saturday, 16 February 2013

Risau..

Risau..
jujur diriku terlalu risau  bila mengetahui perkara tersebut..
kerana risau akan nya juga sy tidak dpt lelap kan mata,dalam fikiran teringat pada dia
semoga Allah sentiasa melindungi diri dia dari segala kecelakaan..

Risau..
jujurnya kerisaun ini ,sama seperti saat abah dimasukkan ke hospital kerana ada jangkitan kuman di paru-parunya...risau pada kehilangan dan perasaan yang sama sy lalui pada malam ini.kenapa bergitu sekali kerisaun sy pada dirinya,Ya Allah...

Jika perasaan risau ini adalah kerana kasih sy buat dirinya,jika kerisaun ini kerana takut akn kehilangan dirinya...Ku memohon pada mu ya Allah,yang maha mengetahui apa yang tersirat dan tersurat bagi jalan hidup ku...jika kerana kerisaun ini membuat diri ku lalai ,ku mohon bagi jalan keluar buat diri ku..sesungguh ku tahu suatu hari nanti pasti aku akan kehilangan dirinya..


Nota Sekeping Hati

Wednesday, 13 February 2013

Bersabarlah Duhai Hati...

Kalau baju koyak kita boleh jahit,klu koyaknya besar kita akan tampal bagi mengelakkan baju yang dipakai kelihatan hodoh bagi si pemakai,tetapi kalau hati dan perasaan yang terluka adakah jarum yang kita gunakan untuk menjahit atau menampal baju boleh digunakan sebagai salah satu alat aternatif bagi menyelamatkan hati tersebut..jawapannya tentu tidak...
 
Bila kita berbicara tentang hati dan perasaan memang terlalu sukar untuk kita rungkaikan,..bukan semudah kita membeli hati ayam atau lembu dipasar,yang boleh ditukar dengan nilai duit..tidak semudah itu...dan tidak semudah itu juga untuk kita menjaga hati supaya hilang dari segala perasaan yang boleh merosakkan hati kita..
 
Tetapi apa yang kita perlu sedar tidak semua yang kita impikan akan menjadi milik kita..sesungguhnya Allah hanya beri apa yang kita perlu,bukan yang kita mahu....perancangan Allah itu sungguh indah bila tiba masa dan ketikanya...Bersabarlah Duhai Hati...
 
 Sesungguhnya Allah amat mengasihi setiap hambanya...................

 Bila teringat Nabi Junjungan kita, banyakkan berselawat kepadanya. Insya'Allah, terubat rindu.

Jom bantu Aman Palestin



 






 Nota Sekeping Hati


Hati VS Perasaan

Hati dan Perasaan...
sering kali hati ini tertanya-tanya..
betulkan perasaan itu...
Tiapkali hati ini sedih...
lalu membuatkan perasaan menjadi hiba,tanpa disedari titisan air mengalir laju
bersama  perasaan yang hiba...

Hati dan Perasaan..
Kerana hati lah ,perasaan menjadi sangsi pada sebuah kejujuran..
Kerana hati lah,perasaan sering terlena,dengan keindahan sementara..
Kerana hati juga..mata sering ditipu oleh bayangan pelangi yanga indah lalu dibuai-buai oleh perasaan yang penuh warna-warni..

Hati dan Perasaan..
Kerana hati juga,timbul perasaan amarah menguasai diri..
Kerana hati juga sukar otak membuat pertimbangan yang sewajarnya
Kerana hati dan perasaan jugalah aku menjadi manusia yang setia pada sesuatu yang tidak pasti...

``Jika sesuatu yang tidak pasti itu menyukarkan ,keluarkan ia dari lubuk hati supaya perasaan ini tenang bersama dengan Maha Pencipta''



 Nota Sekeping Hati