Wednesday, 30 January 2013

Pilihan....

Bercakap tentang  pilihan,sering buat kita rasa serbasalah...
pilihan sering menguji tahap kemampuan kita dalam berfikir...
tetapi tidak semua pilihan yang kita lakukan tepat buat diri kita....
seringkali kita terlalai dengan pilihan yang telah kita buat..
seringkali kita membuat pilihan dari padangan mata zahir yang sering menipu kita
 seringkali kita membuat pilihan berlandaskan nafsu semata-mata....
seringkali juga kita telah mengecewakan banyak perasaan dengan pilihan kita...
seringkali juga kita menjadi mangsa dengan pilihan kita.....
seringkali juga kita menjadi penyelamat dalam kehidupan orang lain dengan pilihan kita..

*Moga Allah swt selalu memberi pilihan yang tepat buat diri kita semua*



Nota Sekeping Hati

Thursday, 17 January 2013

**Sayang Seorang Abah**

Abah..kau adalah kekuatan buat jiwa ini,ketika hati ini sedih abah tidak seperti ibu yang sering memujuk dan memeluk saya ..sering hati kecil ini bertanya tiada kasih sayang kah abah kepada saya..rupanya saya silap dalam menilai ABAH bila semakin dewasa baru saya tahu kenapa abah bersikap begitu abah inginkan saya jadi anak gadis yang dewasa  ,dan rupa-rupanya abah mahu saya menjadi seorang insan yang boleh berdikari..

Teringat ketika masih kecil,sering saya dimarahi oleh abah kerana kesilapan yang tidak saya lakukan,selalu kesalahan itu dilakukan oleh adik..saya selalu cakap abah tidak adil,abah pilih kasih,tapi saya silap lagi  sebenarnya menilai.... sebenarnya abah ingin mengajar saya tentang tanggunjawab...Tanggunjawab seorang kakak kepada adiknya..

Abah... saya selalu cakap abah garang tak macam ibu penuh sifat penyayang...sebenarnya saya silap lagi,kenapa saya sering silap dalam menilai abah,maafkan anak mu ini abah sering kali membuat perbandingan,sedangkan tidak selayaknya seorang anak meletakkan perbandingan diantara ibu dan abah..bila saya dewasa baru saya tahu kenapa abah garang,hanya satu sebabnya kerana abah mahu saya menjadi insan berguna...sikap abah yang garang itu sebenarnya kasih sayang.,kerana sayang abah memarahi saya jika saya melakukan kesilapan..tiada pujukan..hanya sebaris ayat atau kerlingan mata sudah mampu buat diri ini rasa gerun...

Abah terima kasih buat segalanya,jika diwaktu kecil dulu sering mata saya dibutakan oleh perasaan tidak puas hati,perasaan takut dengan abah,tetapi kini mata saya telah terbuka luas dengan segala apa yang telah abah lakukan ...Semua perasaan tersebut hilang,sebaliknya perasaan beruntung kerana memiliki seorang ABAH seperti abah....terima kasih abah kerana mendidik saya menjadi manusia...



Pesanan: Hargailah kedua ibubapa kita ,ketika meraka masih ada,.....Tanpa meraka kita bukanlah siapa-siapa...


Nota Sekeping Hati

Tuesday, 15 January 2013

Lelaki Oh..Lelaki....

lelaki oh..oh lelaki...cewah,baca tajuk entri pun dah lain macam bunyinya hihihi...kasi gempak ckit,walaupun pada dasarnya takdelah gempak mana pun.....heheheh,saje tiba-tiba rasa nak kongsi cerita tentang lelaki..sebelum itu saya memohon jutaan maaf pada atok,pakcik,abg,dan semua golongan lelaki,mana tahu terguris tanpa sedar,tersasul tanpa disengajakan..sorry ek..hihihih

Lelaki...sebut pasal lelaki,mesti selalu dikaitkan dengan ketua..kenapa kita selalu anggap lelaki sebagai ketua kerana Allah swt telah berfirman Firman Allah  yang bermaksud: "Kaum lelaki adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah s melebihkan lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas perempuan dan kerana lelaki sudah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya) dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa juga yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolongan-Nya

wahai lelaki yang budiman diluar sana,cuba celikkan mata, bukakan minda,tanya pada diri layak kah aku untuk menjadi pemimpin atau ketua kepada keluarga kalau diri sendiri tidak boleh dipimpin bukan niat mengata golongan lelaki ini tidak layak menjadi pemimpin jauh sekali  untuk menindakkan kebenaran yang telah Allah firmankan...Lelaki adalah golongan yang beruntung  kerana telah dipilih untuk menjadi khalifah kepada keluarga ,agama,dan masyarakat,tetapi sayang seribu kali sayang ,kerana ramai lelaki yang jauh terpesong, hidup dalam dunianya sendiri dibuai-buai oleh kehidupan dunia,hingga untuk memimpin dirinya sendiri pun tidak mampu..


lelaki budiman diluar sana,mari kita fikir sejenak...bertapa besarnya amanah yang Allah berikan kepada kita``ketua @ pemimpin'' bukan semudah  melaungkan tentang hak sebagai lelaki..hak sebagai ketua,hak sebagai suami,hak sebagai abang...tapi pernah tak lelaki budiman diluar sana terpikir,sudah sempurna kah amanah yang diberikan, layak kah aku untuk menjadi ketua...persoalan ini hanya mampu dijawab oleh lelaki...

lelaki oh lelaki, beruntungnya seorang lelaki itu kerana memiliki sembilan akal dan hanya satu nafsu. ,dan alangkah indahnya jika lelaki mengunakan sebaiknya sembilan akal tersebut kearah kebaikan tetapi sayang sembilan akar tersebut selalu tewas dengan satu nafsu.... sayangkan  kalau tidak menghargai sembilan akal yang telah dikurniakan kearah kebaikan...fikirkanlah

Duhai lelaki sedarlah kau sungguh istimewa...Allah ciptakan kamu sebagai pelengkap sebuah kehidupan ,dan kehidupan itu bermula dengan kamu LELAKI.......renung-renungkan dan selamat beramal..
                                                     
**mohon maaf sekali lagi jika entri saya kali ini agak kurang sopan bahasanya dan saya tegaskan bahawa saya tidak prejudis kepada lelaki,kerana saya juga memerlukan lelaki sebagai khalifah dalam hidup saya hihihi :)
**



Nota Sekeping Hati




Monday, 14 January 2013

Kerana Sebuah Janji **Bukit Fraser oh Bukit Fraser**

Jom kita g bukit frezer nak...ucap adk ku ,sambil tersengih..
boleh gak ,bila ada masa n kita tak balik kampung,kita g lah...
dah mula dah aku berjanji,org tua-tua selalu pesan (termasuk ibu ku)klu berjanji kena tunaikan,...hehhehe.

12 januari 2013

aduh boring betul.. ucap ku kepada adkku
dalam kepala ,klu lah duk kat kg kan best,petang -petang cam nie  boleh gak lepak bawa pokok langsat sambil menikmati kesedapan buah tersebut dalam masa yang sama boleh duk borak-borak gan adk-adk n ibu sambil bergosip atau mendengar tazkirah ringkas oleh ibu...oppp ringkas ke hihihih gelak jahat,rasanya klu ibu dah mulakan tazkirahnya,kalah khatib baca tazkirah utk solat jumaat..hehhhehehe,jom kita g bukit frezer,..jomlah org tak pernah pergi..ajak adk ku,sambil menunjukkan muka seposennya...emmmmm,dah petang nie,lagi pun akak tak tahu sangat jalan,takut gak..aku cuba mengelak pergi kesana...
saya pandang muka adk,,.dah agak dah,muncung itiknya pasti keluar...
adk sy nie jenis yg klu berjanji  harus ditunaikan...
dalam mood berat hati tahap melampau..terpaksa gak sy akur denga mulut muncung itik adk..heheheh

maka pergi lah sy,adk n seorg anak buah...dengan lafaz bismillahiromanirohim..bertolak lah kami...sepanjang perjalanan ke b.frezer mmg perjalanan yg amat mencabar dalam hati bermacam perkara negetif yg sy fikil,yelaa dengan keadaan jalan nya yg cam ular kena palu n dikelilingi oleh hutan tebal,semua perkara tak mustahil akn berlaku...tp sy hanya mampu tawakal n berdoa moga perjalanan kami selamat sampai.

sy memandu penuh perhatian,sambil memandu  sempat lagi sy memadang kearah adk..kelihatan muka seperti ketakutan,maybe dia rasa bersalah  bila menlihat keadaan jalan n suasana disekeliling...
terdetik difikiran jahat saya`` tula nak pergi sangat ,tahu takut.hahhahah..sampai dah xde suara disebab ketakutan yg amat sangat..baru padam muka.hihihihih..

akhirnya selamat juga kami sampai ke puncak bukit frezer...Ya Allah sungguh indah ciptaan mu,dengan suhu yg agak sejuk,rasa ketakutan xd hilang terus..sebaliknya mood penuh kegembiraan semakin menlonjak-lonjak ,ketika di atas saya dan adk bukan main lagi bergambar bg membuktikan bahawa seorang wanita berjaya memandu sampai ke atas bukit frezer..hehehehe

kabus mula menampakkan dirinya..sy mengajak adk pulang ,memandangkan  keadaan kabus yang tebal takut menghalang perjalanan sy,keadaan perjalanan balik tidak lah sesukar ketika perjalanan pergi..sy sekali lagi memandang kearah adk.jelas kelihatan kegembiraan di wajahnya...alahmdulillah sy telah menunaikan janji sy kpd nya...maka kami pun selamat sampai ke kuala kubu bharu...

beberapa pic yang kami ... :)jom layan...








 

Nota Sekeping Hati

Friday, 11 January 2013

ADAM & HAWA

Adam Hawa......Bukan saya nak ceritakan tenang cerita yang sedang hot ditayangkan di salah satu siaran berbayar dikaca tv...tetapi apa yang ingin saya cuba ceritakan dan coretkan disini adalah tentang ADAM yang secara umumnya adalah untuk gelaran kaum lelaki ,mana kala HAWA adalah gelaran untuk kaum perempuan...sungguh indah dan sempurna ciptanya saling lengkap-menglengkapi.,ada adam maka adalah hawanya...Jika kita kembali kisah Nabi Adam a.s dimana beliau terasa amat sunyi  bila Allah ciptanya tanpa teman,lalu Allah telah mencipta hawa  sebagai teman buat adam..kalau nak tahu lebih lanjut sila klikhttp://jalanakhirat.wordpress.com/ bagi menambah ilmu pengetahuan tentang bagaimana terciptanya hawa disisi adam...:)

Besarnya tanggunjawab seorang adam@lelaki,bukan semudah mulut berkata-kata atau jari-jemari mencoretkan ayat-ayat seperti yang saya cuba tuliskan sekarang,tetapi tanggunjawab tersebut kalau boleh digambar,lebih besar dari lautan atau tidak boleh digambarkan dengan pemikiran,..tanggunjawab kepada ibu,isteri,anak-anak,adik-beradik,masyarakat,agamanya,dan dirinya sendiri...persoalannya sekarang sedar atau tidak sedarkah TANGGUNJAWAB tersebut...sering saya menlihat dari sudut pandangan yang berbeza,dimana bila seorang adam telah mempunyai kehidupannya sendiri dalam ertikata lain telah berkahwin, seringkali tanggujawab tersebut diabaikan tanpa sedar,..SEDARLAH wahai adam,bahawa tanggunjawab kalian tidak akan berkurangan kepada IBU kalian ,walaupun adam telah berkahwin denagan hawanya ,tetapi tidak akan terputus hubungan seorang anak tersebut dengan ibunya walaupun telah dimiliki oleh kaum hawa yang baru...Dan sedar jugalah kaum hawa bahawa kalian adalah orang yang paling hampir dengan adamnya,jika sayang dan cinta hawa diikat dengan ijabkabul tetapi jangan kita lupa bahawa adam yang sedang kita miliki kini,telah diikat dengan  kasihsayang seorang IBU sejak azali lagi...jangan kita terlalu sombong,sehingga kita sanggup membiarkan adam lupa akan tanggunjawab yang sepatutnya dia lakukan...wahai hawa jadilah seorang wanita yang melengkapi adamnya bukan menjaraknya dengan tanggunjawabnya...

*** renungan dan peringatan buat diri ku yang seringkali lupa dan lalai***

Nota Sekeping Hati

JANDA BAIK

Janda baik...hehehhe,kalau org yg pertama kali mendengar nya,mesti akan bertanya baik ke janda disana,heheheheheh semua baik-baik  kut,sebenar nama baik janda baik nie merupakan salah satu tempat percutian yang saya telah pergi bersama kawan ex-bahaman ,di negeri pahang....Ok  kita tutup bab nama janda baik,
bukan saya nak cerita tentang lokasi atau sejarah janda baik..tetapi sesiapa yang ingin ,tahu tentang lebih lanjut tentang sejarah janda baik boleh tya en @puan Google ...hehhehe

sebenar apa yg sy nak bagi tahu adalah tentang perjumpa kembali bekas-bekas pelajar sekolah bahaman..yang bertempat di janda baik..selepas hampir 11 tahun berpisah dari alam persekolahan...
BERSEMANGAT...maybe  ada kut perasaan tu rasa semangat untuk jumpa kawan yang telah lama tidak saya ketemu....

tiba masa yang dijanjikan maka jumpa lah kami sebuah di sebuah resort di perkampungan janda baik,sungguh indah dan damai permandangan di perkampungan ini,jauh dari kesibukan kota..rasa tenang bebas dari segala masalah,bila melihat suasana diperkampungan janda baik..hehehhe,gambaran ringkas tentang janda baik...seronok bila berjumpa dengan kawan-kawan yang masing-masing dah ada kehidupan sendiri..ada yang bawa suami dan anak,hanya sebilangan kecil yang masih solo@bujang,insyaallah akan tiba masanya,next perjumpa pasti kedatangan mereka bersama suami,isteri n anak...sepanjang perjumpaan tersebut saya amat teruja mendengar cerita dan kehidupan kawan-kawan yang saya lihat semuanya berjaya, dan sekali sekala sempat lagi kami mengimbas kembali zaman persekolah,cikgu-cikgu yang mendidik,asrama yang penuh pelbagai cerita,kisah-kisah cinta monyet ,hahahahh,tersenyum aku sambil memerhati dan mendengar segala cerita yang disampaikan...tapi yang pasti kenangan di janda baik tetap ku kenang sampai bila-bila..Doaku moga
akan berjumpa kembali kalian semua...
Nota Sekeping Hati