Tuesday, 15 January 2013

Lelaki Oh..Lelaki....

lelaki oh..oh lelaki...cewah,baca tajuk entri pun dah lain macam bunyinya hihihi...kasi gempak ckit,walaupun pada dasarnya takdelah gempak mana pun.....heheheh,saje tiba-tiba rasa nak kongsi cerita tentang lelaki..sebelum itu saya memohon jutaan maaf pada atok,pakcik,abg,dan semua golongan lelaki,mana tahu terguris tanpa sedar,tersasul tanpa disengajakan..sorry ek..hihihih

Lelaki...sebut pasal lelaki,mesti selalu dikaitkan dengan ketua..kenapa kita selalu anggap lelaki sebagai ketua kerana Allah swt telah berfirman Firman Allah  yang bermaksud: "Kaum lelaki adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah s melebihkan lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas perempuan dan kerana lelaki sudah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya) dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa juga yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolongan-Nya

wahai lelaki yang budiman diluar sana,cuba celikkan mata, bukakan minda,tanya pada diri layak kah aku untuk menjadi pemimpin atau ketua kepada keluarga kalau diri sendiri tidak boleh dipimpin bukan niat mengata golongan lelaki ini tidak layak menjadi pemimpin jauh sekali  untuk menindakkan kebenaran yang telah Allah firmankan...Lelaki adalah golongan yang beruntung  kerana telah dipilih untuk menjadi khalifah kepada keluarga ,agama,dan masyarakat,tetapi sayang seribu kali sayang ,kerana ramai lelaki yang jauh terpesong, hidup dalam dunianya sendiri dibuai-buai oleh kehidupan dunia,hingga untuk memimpin dirinya sendiri pun tidak mampu..


lelaki budiman diluar sana,mari kita fikir sejenak...bertapa besarnya amanah yang Allah berikan kepada kita``ketua @ pemimpin'' bukan semudah  melaungkan tentang hak sebagai lelaki..hak sebagai ketua,hak sebagai suami,hak sebagai abang...tapi pernah tak lelaki budiman diluar sana terpikir,sudah sempurna kah amanah yang diberikan, layak kah aku untuk menjadi ketua...persoalan ini hanya mampu dijawab oleh lelaki...

lelaki oh lelaki, beruntungnya seorang lelaki itu kerana memiliki sembilan akal dan hanya satu nafsu. ,dan alangkah indahnya jika lelaki mengunakan sebaiknya sembilan akal tersebut kearah kebaikan tetapi sayang sembilan akar tersebut selalu tewas dengan satu nafsu.... sayangkan  kalau tidak menghargai sembilan akal yang telah dikurniakan kearah kebaikan...fikirkanlah

Duhai lelaki sedarlah kau sungguh istimewa...Allah ciptakan kamu sebagai pelengkap sebuah kehidupan ,dan kehidupan itu bermula dengan kamu LELAKI.......renung-renungkan dan selamat beramal..
                                                     
**mohon maaf sekali lagi jika entri saya kali ini agak kurang sopan bahasanya dan saya tegaskan bahawa saya tidak prejudis kepada lelaki,kerana saya juga memerlukan lelaki sebagai khalifah dalam hidup saya hihihi :)
**



Nota Sekeping Hati




No comments: