Suria,makanlah sikit .... nanti lambat sembuh kalau suria tak nak makan, makan sikit ye sayang...pujuk nenek tua yang sangat mengasihi suria
suria mengeleng-gelengkan kepala..
``suria tak ada selera laa nek,nanti kalau suria lapar suria ambil sendiri di dapur,nenek jangan laa risau ...,suria cuma demam sikit je ..
sebak dada suria bila melihat kerisauan jelas terpancar di wajah neneknya..sejak ibubapa suria meninggal dunia,nenek som lah tempat dia bermanja,...
kedua ibubapa suria terlibat dengan kemalangan jalan raya ketika suria masih kecil,dan sejak itu jugalah suria menjadi anak yang terlalu tabah dalam dugaan hidupnya,dibesarkan oleh seorang wanita tua yang suria sudah anggap seperti neneknya sendiri,..Hidup dalam kesederhanaan tapi suria bersyukur kerana ada insan yang mulia sanggup mengambilnya dan menjaganya penuh kasihsayang. ....mengikut cerita nenek som,yang merupakan jirannya ketika ibubapanya masih ada,.dan menurut nenek som juga dia tidak pernah melihat saudara -mara yang datang melawat ke rumah ibubapa suria ketika mereka masih hidup..nenek som sangat rapat dengan ibubapanya,dan mengaggap arwah ibubapa suria seperti anak kandungnya sendiri memandang nenek som sendiri tidak menpunyai keluarga,kerana tidak pernah berkahwin..
***************************************************
Luq,...kau nie kenapa..aku tengok sejak kebelakangan nie kau sering termenung je ...
kau ada masalah ke ..?,cubalah cerita kat aku,mana tahu aku boleh tolong selesaikan...ucap aziz, sambil menepuk bahu sahabatnya itu..
sahabat yang dikenali sejak sama-sama belajar di uitm Shah Alam,persahabatan mereka terus terjalin apabila luqman mengajak aziz berkerja di syarikat yang sama dengannya...
,kebetulan ketika itu jawatan bagi pengurus kanan masih belum di isi,dan rezeki memihak pada aziz apabila dipanggil untuk interview jawatan tersebut,..semua ini ada lah berkat pertolongan sahabatnya luqman yang menyakinkan pihak atasan tentang keupayaan dia memikul tanggunjawab tersebut...
Aku sebenarnya tak de masalah pun cuma...fikiran aku terganggu sikit,sebenarnya aku sedang ingatkan seseorang...
pagi tak di aku pergi tunggu dia di tempat selalu aku nampak dia..tapi sampai satu jam aku tunggu
dia masih tak muncul-muncul...keluh luqman sambil tangganya mengaru kepala yang tidak gatal...
wou..wou..bro,kau cerita apa nie.. aku tak faham cuba ,satu persatu kau jelas,kau tunggu siapa sebenarnya, ucap aziz sambil tersenyum menampak giginya yang tersusun rapi..
Luqman terdiam seketika,ingin mengatur susun cerita supaya mudah difahami oleh sahabatnya..
Sebenarnya aku tunggu seorang gadis,..
aku selalu nampak dia menunggu seseorang di simpang jalan ,berhampiran dengan kawasan taman seroja..
tapi masalahnya pagi takdi aku tunggu tapi dia tak muncul-muncul gak...
entahlah aziz aku pun tak tahu kenapa aku selalu memikilkan tentang gadis tu..
wajahnya,penuh kelembutan,selalu tersenyum,..jujur aku mula tertarik dengan perwatakanya..ucap luqman sambil berharap sahabatnya faham apa yang ada didalam hatinya..
ohh.. nie masalahnya dalam hati ada taman lah ye..hahahaha,gelak aziz...
isk..isk.. kau nie aku serius ,kau perli aku pula......dengan pantas tangannya mencapai pen didepannya lalu di lontar kepada aziz..
ok..ok aku serius nie...esok kau pergi lah lagi,.. tunggu gadis mana tahu ada rezeki kau boleh jumpa gadis tu
ucap aziz cuba memberi pendapat kepada sahabatnya.
Luqman tersenyum bila mendengar cadangan sahabatnya itu....
moga esok dia akan ketemu dengan gadis yang telah membuatkan hatinya resah...
``ya..Allah ,ku memohon kepada mu moga dipermudahkan urusan ku" bisik hati kecil Luqman ..
Bersambung....
Nota Sekeping Hati
No comments:
Post a Comment